Home » , , , » Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) - 09 Mac 2018

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) - 09 Mac 2018

Iklan jawatan kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) | Jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Mac 2018. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Butiran iklan jawatan kosong adalah seperti berikut:

1. AKAUNTAN WA52
2. PENJAGA ELEKTRIK J22
3. PENERBIT RANCANGAN B51/B52
4. PENERBIT RANCANGAN B41
5. PENERBIT RANCANGAN B29
6. PEREKA B29
7. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
8. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
9. PEMANDU KENDERAAN H11
10. PEMBANTU OPERASI N11
11. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) 

Tarikh tutup permohonan 09 Mac 2018
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 (bagi jawatan gred lantikan dan jawatan kontrak) yang boleh dimuat turun secara online beserta skim perkhidmatan dan syarat lantikan di laman web http://www.finas.my. Borang salinan pendua boleh digunakan.

(b) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta.

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’ dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Info selanjutnya tentang iklan jawatan disini
Muat turun borang permohonan disini