Home » , , , , » Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - 17 Mac 2016

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - 17 Mac 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai:

1. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Tarikh tutup permohonan pada 17 Mac 2016
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON
Calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Kelantan dengan menyertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut:

a. ‘Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:
  • Latar belakang diri dan keluarga termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi;
  • Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan pentadbiran yang telah dan sedang disandang. Semua salinan sijil akademik dan yang berkaitan perlulah dikemukakan bersama permohonan ini;
  • Senarai penerbitan yang terkini (termasuk jurnal dan buku);
  • Anugerah dan hadiah yang berprestij yang diterima di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa;
  • Sumbangan-sumbangan besar dan bermakna kepada pembangunan Universiti dan Pendidikan Tinggi Negara; dan
  • Dua (2) nama penyokong sebagai rujukan (referee).

b. Kertas cadangan yang boleh membantu UMK meningkatkan pembangunan pelajar yang holistik dan seterusnya dapat menjayakan hasrat menjadikan UMK sebagai Universiti Keusahawanan Terkemuka di peringkat nasional dan antarabangsa.
c. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:

Pendaftar
Pejabat Pendaftar
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Bachok
Beg Berkunci No.01
16300 Bachok
KELANTAN DARUL NAIM

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini